Sesungguhnya
Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi
telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.
Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang
diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi
ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton
filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah
padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam
menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan
koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli
astronomi dan ahli nujum Istana.
Kedudukan
ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan
kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara
misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang
mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah
penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung
telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid
Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah
petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan
segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah
tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan
material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?.
Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman
Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan
kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat
terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem
komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah
semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama
sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang
berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita
dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama
tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh
membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100
orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak
jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan
pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan
melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang
terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).
Misteri ini
benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa
bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan
hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan
manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini
sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di
dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih
dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak
percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat
logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi
Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana
kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas
2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia
pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih
kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari
manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa
beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan
maju ketika Banjir Besar.
Maka jika berfikir
seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan
Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.
Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di
Mohenjo-Daro dan Harappa.
Mayat
bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandungi radioaktif
Tetapi adakah
semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan
itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT
setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang
mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat
maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di
sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.
Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks
yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.
Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media
antarabangsa.
Bateri Baghdad
yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda
berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan
Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.
TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun
yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap
dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di
Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia
berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Carkera padat
purba yang ditemui di China
Dan yang paling
menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo,
Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat
manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat
(buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang
dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka
sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan
sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah
Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai
sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan
banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan
mengail ikan.
Seperti yang
dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka
tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum
mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka
bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan
hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di
bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan
Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu
malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita
orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka
suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi
Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin
menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya
binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga
kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh,
manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur
bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari
Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak
Gunung Ararat di Turki.——————————————————————————————————————–p/s : Segala
fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro, bateri Baghdad,
cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah fakta sokongan kepada
‘kemajuan teknologi umat zaman terdahulu‘ dan tidak merujuk kepada zaman Nabi
Nuh as.
Segala kemusnahan
kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya
difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan
jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan
sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman
Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi
itu musnah hampir tranpa bersisa
Apakah mereka
tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum
mereka, padahal (generasi itu) telah Kami TEGUHKAN KEDUDUKAN MEREKA di muka
bumi, iaitu KETEGUHAN YANG BELUM PERNAH KAMI BERIKAN KEPADAMU, dan Kami
curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang
mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka
sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. Qs.Al-An’am: 6
0 komentar:
Posting Komentar